Kau yg kusayang. Dia yang kau cinta

Asalnya kau gadis desa,
Apabila berhijrah ke bandar,
Kau leka dan lupa,
Terbuai hanyut oleh,
debu dunia.

Kau bercinta,
Tetapi membahagikan kasih,
Kepada dua,
Bercinta 2 lelaki serentak,
Memang kemahiranmu.

Ketika rambutmu ditiup angin,
Ia berterbangan,
Mampu mencairkan,
Hati setiap jejaka,
Ya, itu akan terjadi sekiranya,
Rawatan salun itu,
Masih terpahat di rambutmu.

Dan pabila rambutmu,
Berkeadaan normal kembali,
Kau kembali menutup kepalamu,
Sejuk hati kedua orang tuamu.

Tetapi salahku jua,
Aku tidak menggariskan panduan,
Ciri wanita idamanku,
Semestinya bertudung litup,

Kini kau terus alpa,
Terlalu tegar dalam melukakan jejaka,
Mungkin pabila berjaya permainkan perasaan,
2 jejaka sekaligus,
Membuat dirimu berfikir dirimu ada kelas,
Sama ada kelas A,B,C,
Atau hakikatnya kau memang,
tidak ada sebarang kelas.

Jika kau pernah lalui,
Sejarah cinta yang pahit,
Janganlah pula,
Kau membalasnya pada yang tak berdosa,
Jangan biar ketakutan,
Menghalang kebahagiaanmu.

0 comments: