Pemergian Ustaz Asri Rabbani

PASTINYA lirik puitis penuh sentuhan rohani di sebelah cukup kuat untuk mengingatkan kita semua kepada figura bernama Mohd. Asri Ibrahim, vokalis dan juga ketua kumpulan nasyid terkemuka, Rabbani.

Benarlah, setiap insan pasti akan merasa saat perpisahan yang terakhir kerana pada tanggal 13 Ogos 2009 lalu (semalam), kira-kira seminggu sebelum Ramadan 1430 Hijrah menjelang tiba, seluruh jiwa yang mengenali Asri bagaikan terpana dipukul halilintar.
Suasana ceria, teruja dan gembira tiba-tiba bertukar menjadi kalut dan cemas, anak kepada Robiah Ehsan, 70, yang sedang berdiri hendak memulakan sesi latihan menjelang satu majlis pelancaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) rebah dan nazak. Setengah jam kemudian, berita pemergiaannya diketahui umum.

Perginya Asri tanpa pesan. Tanpa ucap selamat tinggal buat semua, kepada peminat yang sentiasa menyanjungi, sahabat seperjuangan mahupun buat keluarga tercinta.
Hanya lunak suaranya yang tinggal jadi kenangan dan lagu Pergi Tak Kembali seakan-akan mendayu-dayu, merintih dalam sendu dan tangis saat kerandanya di usung menuju ke persemadian terakhir di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam semalam



Sumber : Kosmo! 14/08/09

Mengapa kita perlu hargai drama, filem tempatan

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada para pembaca sekalian.
Hari ini saya ingin mengupas sedikit mengenai isu mengapa kita perlu hargai drama mahupun filem tempatan.

Saya bukanlah seorang anak seni mahupun orang filem. Namun sebagai orang yang prihatin terhadap perkembangan drama, filem tempatan, saya ingin berkongsi sebab-sebab mengapa karya sesebuah drama, filem haruslah dihargai.

Walaupun saya tidak terlibat secara langsung di dalam penghasilan filem, drama tempatan, namun saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai kos-kos yang perlu menjayakan sebuah produksi perfileman, mahupun drama tempatan. Mari kita kaji dan amati!

Antara Kos yang terlibat adalah :

  1. Gaji produksi - Gaji yang diterima oleh setiap krew yang terlibat ketika menjayakan drama
  2. Makeup artis - Makeup artis yang telah menyolek para pelakon-pelakon
  3. Upah lokasi - Sesebuah lokasi yang berbayar ataupun perlu disewa seperti restoran, bank dsb.
  4. Catering - Bagi menjaga kebajikan makan minum artis dan krew- krew yang menjayakan drama.
  5. Prop - Penyediaan prop seperti costume
  6. Yuran Finas - Akan dikenakan bagi pengeluaran sesebuah filem
  7. Bomoh hujan - Bomoh ini disediakan bagi mengelakkan dari berlakunya hujan. Walau apa pun, kita hanya merancang, tuhan jua menentukan.

Walaupun terdapat banyak lagi kos yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, namun ia memberikan impak yang besar kepada kos sesebuah filem mahupun drama. Sebagai langkah menghargai karya muda tempatan, berhentilah dari membeli cd - cd cetak rompak. Sekian. Wassalam. ikhlas dari saya : Fcukstylo

'K'


Siapakah K??

K adalah watak di dalam King Of Fighters, dia juga dikenali sebagai K dash atau K Prime.
K ini telah menjadi ketua di dalam game King Of Fighters 99.
Karakter beliau sebenarnya adalah seorang pemuda biasa. Kemudian beliau telah ditangkap oleh sebuah sindiket ataupun pertubuhan yang dinamai NESTS.

Pertubuhan ini telah menghilangkan ingatan K, kemudian mensuntik beliau dengan DNA yang dimiliki oleh Kyo Kusanagi (watak utama KOF) bagi mempelajari kemahiran kuasa api yang dimiliki oleh Kyo. Di dalam KOF, K telah menjadi watak 'Dark Hero'.

Bagi membuktikan dirinya bukanlah barangan yang boleh dibuat sesuka hati oleh sindiket NESTS, K telah membuat keputusan untuk mengkhianati NESTS dan menyertai pertandingan yang dinamai King Of Fighters bagi menjejaki anggota NESTS.
Selain itu, K juga telah bertemu Maxima yang mempunyai satu tujuan yang sama.

P/s : Memang sifat saya, sekiranya menonton sesuatu cerita, saya akan cuba membayangkan diri untuk menjadi seperti superhero dilakonkan.
Oleh itu saya telah memilih nama timangan saya adalah k.
Ramai juga di kalangan rakan saya memanggil saya dengan panggilan 'k'.
Walaupun terdapat setengah-stengah pihak yang tidak bertanggung jawab memanggil saya kassim, Datuk K. haha

Adik sayang akak selamanya

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga
tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai
sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen
dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah
memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.
Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit
ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang
renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang
lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun
air mata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat
dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun
air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan
kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah
berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah
bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua
anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah
maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit
membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di
depan ayah dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan
ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,
kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi
adik.

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan
menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak,
dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka,
dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai
baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat
sehelai kertas yang tercatat….. "Kak…untuk dapat peluang ke
universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat
akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas
dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya
memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik
menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?"
bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik
berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa
sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum
dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan
akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti
berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada
pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak
peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut
berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya
tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku
kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi
air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung
sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih,
tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah
sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis
tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami
berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada
tangannya. "Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil
dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras." Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata
adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang
adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku
memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba
menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan
bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling
anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya
lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya >memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab
tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri
sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya
berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat
bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil
meraung bagaikan diserang histeria.

Drama Kala Hati

Sedang asyik pelbagai drama Melayu yang disajikan kepada penonton-penonton tempatan, ia amat menarik minat saya untuk berkongsikan kepada semua pembaca mengenai drama-drama yang saya ikuti dan telah membuatkan saya untuk jatuh cinta untuk bercerita mengenainya.

Antara drama yang mendapat sambutan hangat di kalangan penonton tempatan adalah drama Nur Kasih di TV3. Sungguhpun demikian, terdapat sebuah lagi cerita yang telah menarik minat saya dan saya amat teruja untk menonton drama tersebut. Drama yang saya maksudkan adalah Kala Hati.

Drama ini dibarisi pelakon-pelakon seperti Adi Putera, Dynas Mokhtar, Jue Aziz dan juga beberapa pelakon yang sering membarisi drama-drama tempatan yang tidak pula saya hafal kesemua nama mereka.




Watak Faizal telah dibawa dengan baik oleh Adi Putera sebagai peneraju watak utama drama ini. Sungguhpun beliau hanyalah merupakan anak angkat, namun Faizal seorang yang taat kepada perintah keluarga angkatnya. Boleh dikatakan, setiap dialog yang dituturkan oleh Faizal, ingin saya hafal kerana percakapannya yang bersahaja membuatkan saya tersenyum dan begitu teruja. Antara dialog dan gaya percakapannya yang saya ingati adalah :

1) "erm.. cantik awak hari ini, saya suka warna merah" (sambil merapati Jannah)
2) "Saya serius. Awak serius ke?"
3) "Di rumah, mama berkuasa, Di pejabat, saya berkuasa." Aritu saya try gayakan dialog ini di hadapan mak mertua angkat saya, terabur gigi saya dilempang.


Watak Rina yang dilakonkan oleh Dynas, merupakan seorang anak yang terlalu dimanjakan, suka bergembira dan mempunyai sifat-sifat ego yang tinggi. Setelah bertemu dengan Faizal sikap ego beliau makin hilang. Selama ini, Rina kurang berminat dengan mana-mana lelaki, namun setelah mengenali Faizal, beliau telah mengenali apakah itu erti cinta.



Seterusnya kita pergi pula kepada watak Nur Jannah lakonan Jue Aziz. Seorang yang lemah lembut, mempunyai etika ketika bekerja, dan digemari oleh Faizal. Kehadiran Jannah seolah-olah telah menarik hati Faizal untuk mendampinginya. Di dalam cerita ini, wujud seperti cinta 'question mark' di antara mereka.

Jadi apakah kisah selanjutnya? Siapakah yang akan menjadi pilihan Faizal? Adakah Rina? Adakah Jannah? Atau kedua-duanya? Saksikanlah episod drama ini di TV3 jam 10.30 malam, Selasa - Khamis.


Di sini saya sertakan sinopsis ringkas mengenai drama Kala Hati buat tatapan para pembaca (ada ke?) hehe.


Drama ini mengisahkan Faizal seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika.Dia merupakan anak angkat kepada Datuk Sufian dan Datin Kalsom yang sudah tiga tahu tidak pulang ke Malaysia.Namun demikian, adik angkatnya, Zizie masih tidak dapat menerima kehadiran Faizal sebagai abang angkatnya.Isteri Datuk Sufian, Datin Kalsom juga tidak begitu menyenangi kepulangan Faizal.Faizal memang sedar yang Datin Kalsom tidak sukakan dirinya sejak dari dulu lagi.Dia diambil sebagai anak angkat ketika berusia lapan tahun kerana waktu itu Datin Kalsom gagal untuk mendapatkan anak. Datin Kalsom pula terpaksa bersetuju dengan cadangan Datuk Sufian untuk mengambil anak angkat untuk menyelamatkan rumahtangganya.Bagi Datin Kalsom kasih sayang dan kemanjaan Datuk Sufian terhadapnya amat berlebihan. Sejak kecil, Datuk Sufian amat menyayangi Faizal.Faizal pula sedar akan dirinya dan dia telah belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke luar negara dengan biasiswa sendiri.Kepulangan Faizal cukup menggembirakan Datuk Sufian tetapi tidak bagi Datin Kalsom. Begitu juga adiknya, Zizie yang tidak langsung menegurnya.Jadi Faizal hanya dilayan baik oleh Mak Som, orang gaji yang amat memahaminya. Lebih menyedihkan, Datin Kalsom masih mengungkit Faizal tetap bukan darah daging mereka.Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Datuk Sufian melantik Faizal mengendalikan syarikatnya, Tanjak Holdings yang mana tidak dipersetujui oleh isterinya.Datin Kalsom beranggapan Faizal ingin membolot harta mereka. Dalam pada itu, kelakuan Zizie menjadi tidak terkawal dan semakin liar.Untuk mengeratkan perhubungan, Faizal ditunangkan dengan Rina, anak Datuk Megat.Faizal digesa berkahwin oleh Datin Kalsom supaya dia tidak akan membolot harta mereka memandangkan Datuk Megat juga seorang yang kaya, namun Faizal belum bersedia dan ingin menumpukan kepada perniagaan.Rina merupakan seorang anak yang terlalu dimanjakan, suka bergembira dan berkaraoke hingga larut malam bersama kawan-kawannya sehingga dia lupa asal-usulnya.Datuk Sufian pula tetap berpendirian bahawa Faizal sudah pasti dapat membimbing Rina sebagai seorang isteri.Keadaan mula bertambah rumit apabila sedikit demi sedikit, Faizal jatuh cinta dengan setiausahanya, Nur Jannah.

Malaysia vs Manchester United

Mungkin perlawanan ini telah lama berlangsung, namun terasa tergerak pula di hati saya untuk bercerita mengenainya. Perlawanan ini sudah semestinya ditunggu oleh peminat-peminat MU, Mana tidaknya boleh dikatakan ramai peminat bolasepak di Malaysia amat menggemari pasukan ini. Sebelum sepak mula, secara logiknya memang boleh dikatakan keputusan sudah dapat dijangkakan, Malaysia akan menang.. 0 berbalas 6 kerana Malaysia jarang mendapat jaringan jika berlawan dengan pasukan-pasukan bertaraf dunia. Ini dapat dibuktikan dengan kekalahan Malaysia di tangan Brazil, Chelsea, dan MU suatu masa dahulu.

Rata-rata penonton yang membanjiri Stadium Bukit Jalil sudah tentu penyokong-penyokong MU, mereka membawa pelbagai sepanduk untuk menunjukkan sokongan yang padu kepada pasukan kegemaran mereka.





Seperti yang sudah dijangka, MU telah mendahului hasil jaringan oleh seorang pemain yang seiras James Brooke versi rambut yang kurang lebat, Rooney. Selepas itu, selang beberapa minit kemudian datang pula pemain yang mempunyai nama seakan perempuan, Nani
menyumbat gol ke 2. Maka bersoraklah semua penyokong-penyokong kelahiran Malaysia.
Disebabkan terlalu gembira kerana telah membolosi pertahanan Malaysia yang kental, Nani telah membuat aksi akrobatik ala-ala dalam cerita Only The strong sambil dalam hatinya terlintas.. "huh..seb baik x terpeleot, kalo x.. x kawen aku".

Selang tak berapa lama kemudian, Amri yahyah mengejutkan Van Der Sar dengan rembatan lob yang agak jauh. Van Der Sar yang kelihatan terlalu ke depan dari posisinya, mencanak mahu menyelamatkan bola tersebut, namun sayang percubaannya gagal.
Tidak cukup dengan 1 jaringan, belum lagi gawang MU diuji, pemain MU sendiri pula cuba menguji penajaga gol mereka, akibat terlalu gementar melihat kelibat Amri, Foster (penjaga gol gantian) gagal menampan bola yang diberikan. Dengan larian yang amat kencang dan pantas, Amri menyambar bola tersebut dan menendangnya masuk ke dalam gawang. Kini keputusan adalah seri 2 berbalas 2.

Namun malangnya ketika baki perlawanan tinggal beberapa minit, Owen telah menjaringkan gol kemenangan MU sekaligus memberi pembakar semangat kepada Owen bagi meraikan gol pertamanya di musim ini. Kelihatan wajah Ferguson yang bajet cool di bangku simpanan, ceh hampeh tol..

Apa yang penting tahniah kepada skuad kebangsaan kerana telah memberikan persembahan yang mantap ketika menentang MU. 2 gol yang dihadiahkan oleh pasukan kebangsaan amat bermakna dan diharapkan pasukan Malaysia akan teruskan semangat juang sama seperti berdepan dengan MU.

Memang telah menjadi asam garam peminat bolasepak tanah air apabila pasukan kebangsaan kalah, akan dikatakan tiada semangat juang, bila dapat keputusan yang baik pula, "ala.. MU bagi can je tu". Pada pandangan saya, sebelum ini semua pasukan bertaraf dunia 'main bagi can aje' pada Malaysia, namun Malaysia tetap dapat telur ayam!!
Tetapi kali ini tidak, memang ini yang saya nantikan.. mendapat jaringan apabila menentang pasukan bertaraf dunia. Pada saya itu adalah cukup baik dan bermakna.