Aku, Dia berbeza

Vroom Vroom Vroom,
Berdesup bunyi kereta mewah,
Dia punyai sebuah kereta yang kau idamkan,
Ku hanya mampu temanimu,
Menaiki pengangkutan awam.

Kedengaran bunyi flash kamera,
Ya, telefon bimbit yang si dia hadiahkan,
Sempena hari lahirmu,
Sedangkan aku hanya mampu,
Menghadiahkan kau sehelai baju,
Berjenama tidak terkemuka.

Dia sering menelefonmu,
Dikala pagi, senja nan malam,
Bicara tentang cinta,
Aku, hanya mampu sms,
Itu pun jika nasibku baik,
Sms ku akan dibalas.

Dia mampu membawamu,
Bersiar-siar kemana sahaja,
Sementara akutelah biasa,
Menjadi pilihan ke 2 untukmu,
Kerana aku tidak mewah,
Seperti dirinya

Aku masih muda,
Masaku panjang lagi,
Kelak kau kan buka mata,
Di saat aku berjaya.

2 comments:

kawie2020 said...

salam singgah..
bleh motivated diri nih..
take care n jgn sengal2..

z.a.r.a said...

best puisi ni...k buat sndri kn>

tp sedih plak~ hehe