Drama Kala Hati

Sedang asyik pelbagai drama Melayu yang disajikan kepada penonton-penonton tempatan, ia amat menarik minat saya untuk berkongsikan kepada semua pembaca mengenai drama-drama yang saya ikuti dan telah membuatkan saya untuk jatuh cinta untuk bercerita mengenainya.

Antara drama yang mendapat sambutan hangat di kalangan penonton tempatan adalah drama Nur Kasih di TV3. Sungguhpun demikian, terdapat sebuah lagi cerita yang telah menarik minat saya dan saya amat teruja untk menonton drama tersebut. Drama yang saya maksudkan adalah Kala Hati.

Drama ini dibarisi pelakon-pelakon seperti Adi Putera, Dynas Mokhtar, Jue Aziz dan juga beberapa pelakon yang sering membarisi drama-drama tempatan yang tidak pula saya hafal kesemua nama mereka.




Watak Faizal telah dibawa dengan baik oleh Adi Putera sebagai peneraju watak utama drama ini. Sungguhpun beliau hanyalah merupakan anak angkat, namun Faizal seorang yang taat kepada perintah keluarga angkatnya. Boleh dikatakan, setiap dialog yang dituturkan oleh Faizal, ingin saya hafal kerana percakapannya yang bersahaja membuatkan saya tersenyum dan begitu teruja. Antara dialog dan gaya percakapannya yang saya ingati adalah :

1) "erm.. cantik awak hari ini, saya suka warna merah" (sambil merapati Jannah)
2) "Saya serius. Awak serius ke?"
3) "Di rumah, mama berkuasa, Di pejabat, saya berkuasa." Aritu saya try gayakan dialog ini di hadapan mak mertua angkat saya, terabur gigi saya dilempang.


Watak Rina yang dilakonkan oleh Dynas, merupakan seorang anak yang terlalu dimanjakan, suka bergembira dan mempunyai sifat-sifat ego yang tinggi. Setelah bertemu dengan Faizal sikap ego beliau makin hilang. Selama ini, Rina kurang berminat dengan mana-mana lelaki, namun setelah mengenali Faizal, beliau telah mengenali apakah itu erti cinta.



Seterusnya kita pergi pula kepada watak Nur Jannah lakonan Jue Aziz. Seorang yang lemah lembut, mempunyai etika ketika bekerja, dan digemari oleh Faizal. Kehadiran Jannah seolah-olah telah menarik hati Faizal untuk mendampinginya. Di dalam cerita ini, wujud seperti cinta 'question mark' di antara mereka.

Jadi apakah kisah selanjutnya? Siapakah yang akan menjadi pilihan Faizal? Adakah Rina? Adakah Jannah? Atau kedua-duanya? Saksikanlah episod drama ini di TV3 jam 10.30 malam, Selasa - Khamis.


Di sini saya sertakan sinopsis ringkas mengenai drama Kala Hati buat tatapan para pembaca (ada ke?) hehe.


Drama ini mengisahkan Faizal seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika.Dia merupakan anak angkat kepada Datuk Sufian dan Datin Kalsom yang sudah tiga tahu tidak pulang ke Malaysia.Namun demikian, adik angkatnya, Zizie masih tidak dapat menerima kehadiran Faizal sebagai abang angkatnya.Isteri Datuk Sufian, Datin Kalsom juga tidak begitu menyenangi kepulangan Faizal.Faizal memang sedar yang Datin Kalsom tidak sukakan dirinya sejak dari dulu lagi.Dia diambil sebagai anak angkat ketika berusia lapan tahun kerana waktu itu Datin Kalsom gagal untuk mendapatkan anak. Datin Kalsom pula terpaksa bersetuju dengan cadangan Datuk Sufian untuk mengambil anak angkat untuk menyelamatkan rumahtangganya.Bagi Datin Kalsom kasih sayang dan kemanjaan Datuk Sufian terhadapnya amat berlebihan. Sejak kecil, Datuk Sufian amat menyayangi Faizal.Faizal pula sedar akan dirinya dan dia telah belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke luar negara dengan biasiswa sendiri.Kepulangan Faizal cukup menggembirakan Datuk Sufian tetapi tidak bagi Datin Kalsom. Begitu juga adiknya, Zizie yang tidak langsung menegurnya.Jadi Faizal hanya dilayan baik oleh Mak Som, orang gaji yang amat memahaminya. Lebih menyedihkan, Datin Kalsom masih mengungkit Faizal tetap bukan darah daging mereka.Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Datuk Sufian melantik Faizal mengendalikan syarikatnya, Tanjak Holdings yang mana tidak dipersetujui oleh isterinya.Datin Kalsom beranggapan Faizal ingin membolot harta mereka. Dalam pada itu, kelakuan Zizie menjadi tidak terkawal dan semakin liar.Untuk mengeratkan perhubungan, Faizal ditunangkan dengan Rina, anak Datuk Megat.Faizal digesa berkahwin oleh Datin Kalsom supaya dia tidak akan membolot harta mereka memandangkan Datuk Megat juga seorang yang kaya, namun Faizal belum bersedia dan ingin menumpukan kepada perniagaan.Rina merupakan seorang anak yang terlalu dimanjakan, suka bergembira dan berkaraoke hingga larut malam bersama kawan-kawannya sehingga dia lupa asal-usulnya.Datuk Sufian pula tetap berpendirian bahawa Faizal sudah pasti dapat membimbing Rina sebagai seorang isteri.Keadaan mula bertambah rumit apabila sedikit demi sedikit, Faizal jatuh cinta dengan setiausahanya, Nur Jannah.

0 comments: