Rata-rata penonton yang membanjiri Stadium Bukit Jalil sudah tentu penyokong-penyokong MU, mereka membawa pelbagai sepanduk untuk menunjukkan sokongan yang padu kepada pasukan kegemaran mereka.


Seperti yang sudah dijangka, MU telah mendahului hasil jaringan oleh seorang pemain yang seiras James Brooke versi rambut yang kurang lebat, Rooney. Selepas itu, selang beberapa minit kemudian datang pula pemain yang mempunyai nama seakan perempuan, Nani
menyumbat gol ke 2. Maka bersoraklah semua penyokong-penyokong kelahiran Malaysia.
Disebabkan terlalu gembira kerana telah membolosi pertahanan Malaysia yang kental, Nani telah membuat aksi akrobatik ala-ala dalam cerita Only The strong sambil dalam hatinya terlintas.. "huh..seb baik x terpeleot, kalo x.. x kawen aku".
Selang tak berapa lama kemudian, Amri yahyah mengejutkan Van Der Sar dengan rembatan lob yang agak jauh. Van Der Sar yang kelihatan terlalu ke depan dari posisinya, mencanak mahu menyelamatkan bola tersebut, namun sayang percubaannya gagal.
Tidak cukup dengan 1 jaringan, belum lagi gawang MU diuji, pemain MU sendiri pula cuba menguji penajaga gol mereka, akibat terlalu gementar melihat kelibat Amri, Foster (penjaga gol gantian) gagal menampan bola yang diberikan. Dengan larian yang amat kencang dan pantas, Amri menyambar bola tersebut dan menendangnya masuk ke dalam gawang. Kini keputusan adalah seri 2 berbalas 2.
Namun malangnya ketika baki perlawanan tinggal beberapa minit, Owen telah menjaringkan gol kemenangan MU sekaligus memberi pembakar semangat kepada Owen bagi meraikan gol pertamanya di musim ini. Kelihatan wajah Ferguson yang bajet cool di bangku simpanan, ceh hampeh tol..
Apa yang penting tahniah kepada skuad kebangsaan kerana telah memberikan persembahan yang mantap ketika menentang MU. 2 gol yang dihadiahkan oleh pasukan kebangsaan amat bermakna dan diharapkan pasukan Malaysia akan teruskan semangat juang sama seperti berdepan dengan MU.
Memang telah menjadi asam garam peminat bolasepak tanah air apabila pasukan kebangsaan kalah, akan dikatakan tiada semangat juang, bila dapat keputusan yang baik pula, "ala.. MU bagi can je tu". Pada pandangan saya, sebelum ini semua pasukan bertaraf dunia 'main bagi can aje' pada Malaysia, namun Malaysia tetap dapat telur ayam!!
Tetapi kali ini tidak, memang ini yang saya nantikan.. mendapat jaringan apabila menentang pasukan bertaraf dunia. Pada saya itu adalah cukup baik dan bermakna.

0 comments:
Post a Comment