Di sebalik profile friendster : Its Complicated

Aku hanya lelaki biasa. Bisa goyah apabila bertemu dengan kesusahan.
Hari demi hari aku berfikir, mampukah aku hidup tanpa dirinya.
Ya. Memang aku sukakannya. Tiap senyum tawa terukir dibibirnya sudah cukup membuatkan aku bahagia.

Namun, aku harus berada di bumi yang nyata. Tidak semestinya orang yang kita sayangi akan bersama dengan kita. Jika sebuah pasangan berkahwin pun adakalanya tidak mempunyai perasaan pada awalnya. Mungkin bercinta lepas kahwin adalah jalan terbaik.

Memang benar aku cemburu pabila terdapat lelaki lain yg cuba mendampingimu, menghantar kad raya kepadamu, menelefonmu di saat aku memerlukan, mengucapkan kata-kata yang indah kepadamu, memberikan hadiah kepadamu, keluar bersamamu.

Aku tak mampu menghalang apatah lagi aku denganmu hanyalah teman biasa tetapi mempunyai hubungan yang luarbiasa. Aku sering terfikir apakah akan jadi sekiranya engkau telah bertemu jodoh. Mampukah aku teruskan hidup. Bisakah aku berdiri? Bisakah aku membahagikan kasih ku kepada yg lain?

Jam di dinding berputar-putar dengan lagaknya. Seolah-olah memaksa aku mencari jawapannya. Aku temui jalan buntu. Apakah yang harus aku lakukan?


p/s : korang komen la. Ni member aku nye luahan hati. Bagilah nasehat ek. Kesian dia

4 comments:

z.a.r.a said...

wahhh k dh setting komen baru...mcm ni lg sng nk komen~ bgus2~

kawan ke atau k yg ade mslh tu? ahahah~

sng2 terus terang je la dgn awek tu...klau duk pendam sorang2 smpi kiamat pun xde sape tau~

Ibu Ammar said...

life goes on...

buat keputusan, dan yakinlah dgn satu2 keputusan yg dibuat..

hanya kita tahu apa kita lakukan..

dan berserahlah pd Allah, yg Maha Tahu akan apa yg kita tidak tahu..

Amirah Fathiyah said...

selame ni nak je aku komen2
wow..dun ask me kuz idk
lol

kawie2020 said...

salam singgah...
aku ade member yg punye maslah spt kwn ko..
tp member aku ni plek sket coz dia sesama jenis...
ape nak buat kate member aku ni..
aku pon x tahu sgt coz dia ckp samar2..