Cinta?

Aku boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
Jika seseorang wanita yang aku minati, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah aku menyukai akan dikau kerna kau mempunyai banyak persamaan denganku samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Aku sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh akan dikau. Aku cuba menonjolkan sikap sesungguhanku untuk menambat hati kau.
Aku resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak dikau keluar kali pertama! aku tidak cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati kau, aku adalah aku.

Bila aku cakap direct to the point dalam sesuatu hal, aku sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan dikau memahami maksudnya. Mungkin aku yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true). Aku akui aku cemburu terutamanya apabila dikau menyebut nama lelaki lain.

Aku tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata Oleh itu aku selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini
Kadang-kadang aku perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan dikau supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. Kau seorang wanita dijadikan begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, aku juga rasa bersedih..cuma aku tak menunjukkannya kesedihanku di depan dikau (bukankah itu ego). Adalah memalukan bagi aku jika tak berupaya menolong dikau.

Aku lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Aku lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang aku kasihi.
Aku bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, aku harap di kau janganlah mengharapkan semua yang hebat dari aku. Aku juga normal dan mempunyai kelemahan!

Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan berdebar - debar dengan cepat. Didepan orang yang kamu " suka ", kamu akan selalu bahagia. Aku terlalu bahagia bersama kau walaupun usia perhubungan kita baru setahun jagung.

Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu " cinta ", maka kamu akan tersenyum. Aku merasainya di depan orang yang ku " cinta ", aku tidak akan dapat mengungkapkan apa yang ada dibenakku. Aku diri aku yang sebenarnya. Aku tidak pernah berlakon di hadapanmu. Orang yang aku "cintai" bisanya muncul dibenakku setiap dua minit. Dikau adalah orang itu.
Ketika orang yang aku cintai sedang menangis, aku akan ikut menangis bersamanya. Aku telah pun melakukannya.

Bagi aku jika aku berhenti mencintai seseorang, orang itu meninggalkan akan diriku ape yang harus aku lakukan adakah dengan menutup telingaku. Tetapi jika aku mencuba untuk menutup mataku, cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas dihatiku selamanya.

Perbezaan kita umpama jari tangan yang besar dan yang kecil, panjang dan pendek. Sama-sama memberi kekuatan dan kelemahan untuk menggenggam kejayaan. Membina dan merumtuh.Seribu senyuman belum tentu menawan hati. Satu ejekan sudah cukup menimbulkan rasa benci, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata.

2 comments:

z.a.r.a said...

fuhh~ mendalam btul mksd entry ni k...

xpe2...setiap org dh ditetapkn jodohnye...kite cuma perlu berusaha cari yg terbaik :)

NurAura said...

suke ayat : Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan berdebar................. jiwang nyer [k] ish2.. stylo ke jiwang ke [k] tetap [k]amelia... wkakakakaka